M.H.A Hamzah
Bila Aku Kata...
Wednesday, August 28, 2019
Air Hikmah Kehidupan
M.H.A Hamzah
Harapan
Thursday, November 15, 2018
Reset Life...
Hari ini bila panggilan bagitau aku berjaya diterima bekerja, selepas setahun menganggur, perasaan aku bercampur antara gembira & sedih. Gembira sebab berjaya jugak dapat kerja & sedih sebab ada antara hari-hari dalam setahun aku menganggur tu ada kalanya aku persoalkan Tuhan, kenapa aku diberikan ujian begini?
Wednesday, November 22, 2017
Sajak Sang Pemalas
Berdebar tiap pagi bagai ada sesuatu,
Berjalan lemah bagai tiada makan seminggu,
Semangat di mana semangat ku?
Lari meninggalkanku atau sembunyi di balik tabir malas?
Mentari menyuluh bagian jendela yang tersingkap tabirnya,
Menyuluh muka ku yang malas untuk bangkit,
Sore sudah menjengah hari yang baru,
Subuh sudah meninggalkan waktunya,
Kini dhuha pula menyapa aku.
Apakah kamu solat dhuha atau qoda' subuh?
Itulah nisbah semangat dengan malas,
Bezanya waktu subuh dan waktu dhuha,
Jika tiada bezanya bagi aku maka itu lah si pemalas yang ingin kaya tapi tidak mahu bersemangat.
Apa yang kau gusarkan?
Apa yang menarikmu ke pangkuan tilam dan selimut?
Adakah itu lebih seronok? Lihat wajah isterimu yang bersemangat kerja membantumu,
Jangan lihat pada dirimu,
Jangan lihat pada tilam dan selimut,
Lihat pada wajahnya,
Semangatnya untuk menolong kamu!
Kembalilah wahai semangat,
Kamu kejar lah ia,
Semangat yang lari itu,
Kamu carilah ia,
Semangat yang sembunyi itu,
Peganglah ia semangat itu,
Untuk dirimu dan masa depanmu,
Jadi dirimu yang dulu,
Sentiasa belajar dan meneroka,
Menjadikanmu seorang yang sangat disukai dan disenangi.
Tak perlu khuatir tentang orang sekeliling,
Tak perlu gusar apa kesan yang kamu sudah lakukan,
Terus ke hadapan menghadap dengan berani,
Bagai seorang lelaki sang pahlawan,
Bagai seorang sang ketua turus tentera,
Hadaplah tanpa rasa gusar,
Allah itu ada bersamamu sentiasa,
Pasti DIA akan membantumu jika kamu ikhlas untuk berubah..
Ingat! Allah itu ada untuk membantumu dan senjatamu adalah doa pada YANG KUASA.
Menjengah Disember Yang Mencabar
Bulan December pasti paling sukar bagiku. Gaji confirm akan potong banyak. Maybe akan tinggal 4 ke 500 ringgit je lepas tolak sewa rumah dan loan rumah. Belum kira untuk bil air dan elektrik dengan belanja barang dapur. Aduh...beratnya dugaan ya Allah! Hasbunallah wa ni'mal wakeel.....
Monday, November 20, 2017
Menghampiri 2018 Tanpa Perubahan
Masa berlalu dengan pantas. Sekelip mata tinggal sebulan lagi untuk masuk tahun baru 2018. Aku, aku masih dalam keadaan macam ni. Apa improvement? Apa perubahan? Nothing. Kerjaya aku terumbang ambing. Aku tak tahu apa yang aku nak. Aku seolah dah sampai ke tahap saturated tunggu masa untuk dropping down dalam hidup. I need refreshment. I need new job, new environment. Aku tak enjoy di sini. Tapi tunggu kerja baru tak sampai lagi. Perlu ke buat bisnes sendiri? I don't know what i need.