Friday, December 23, 2016

Aku Miskin Dunia



Di sini, di dunia ini, aku dikeliling hutang. Loan rumah, loan pendidikan, sewa rumah bulanan, hutang kredit kad dan macam-macam lagi. Tiap kali gaji lebih separuh darinya untuk semua hutang tu, tinggal lah beberapa ratus untuk aku beli barang keperluan rumah. Bakinya, seratus dua saja untuk teruskan hidup sebulan.
Setiap bulan begitu. Tapi aku tetap syukur kerana nikmat Allah bukan pada duit semata-mata, tapi pada banyak perkara. Islam adalah salah satu nikmat Allah. Kesihatan yang baik pon nikmat Allah jugak. Alhamdulillah. Kesusahan ini, ibarat torch light menyuluh aku untuk lihat yang disebalik kegelapan. Apa tu kegelapan? Orang yang lebih susah dari aku, orang yang lagi bermasalah dari aku, orang yang penuh duka dari aku.
Kenkadang aku jugak stress. Tapi redha itu buat aku sentiasa siuman. Rezeki Allah ada di mana-mana. Nikmat Allah berbagai-bagai bentuk. Jika kita jadikan benda itu ‘tuhan’ maka hidup ini akan menurut kehendak kebendaan. Benda takkan paham kita, Allah yang memahami kita. Takkan Allah nak buat kita jadi gila? Yang buat kita tak siuman adalah kebendaan. Jauhkan diri dari ber’tuhan’kan benda, insyaAllah stress macam mana sekalipun kita masih lagi siuman.
Di dunia ini aku miskin. Walaupon tak do’if, tapi miskin. Title kerja bukan jamin kita kaya. Allah yang jamin kita kaya. Buat lah perkara baik walaupon kecil tapi istiqomah. Derma tiap jumaat di masjid, walaupon 50sen tapi istiqomah. Nak istiqomah kena ikhlas, baru berbaloi amal kebaikan kita. Aku petik bait puisi dari W.S Rendra bertajuk “Sajak Pertemuan Mahasiswa”.
“orang berkata : kami ada maksud baik
dan kita bertanya : maksud baik untuk siapa ?”

maksud baik itu untuk siapa? Ada secara terang-terangan berbuat baik tapi hati hanya untuk menunjuk, ada untuk tujuan diri sendiri seperti politikus. Jadi kita berbuat baik untuk dituai di akhirat atau hanya boleh dirasai di dunia sahaja? Pilihan di tangan kita. Aku, nak kaya akhirat...

Monday, December 19, 2016

Masalah Kehidupan

Tidak normal kiranya kita fikir yg hidup ni tak ada masalah. Sangat hairan jika ada orang kata "saya tak pernah ada masalah dalam idup". Dia berbohong atau cuba jadi positif.

Secara harfiahnya hidup ditafsir sebagai permasalahan. Jadi sangat janggal jika hidup dikatakan tak punya masalah lansung.

Dalam norma kehidupan kita ada jatuh dan bangun. Tidak statik atau linear seperti a = b atau a=2b. Tidak mungkin terjadi. Kehidupan sebenar adalah non linear seperti wavelength atau gelombang. Naik dan turun umpama pendulum berayun ke atas dan ke bawah. Ada sudut yang dinamic di kesankan oleh graviti. Sangat kompleks tapi itulah yang kita hadapi.

Allah sediakan kita sauh supaya kita tak dihanyut oleh permasalah kehidupan. Jika kita hanyut juga, Allah sediakan kita kompas supaya kita tahu arah jalan pulang.
Sauh itu ilmu & iman dan kompas itu al-quran serta sunnah rasulullah. Jarang sauh boleh terputus tapi ianya tak mustahil terjadi. Cuma sauh boleh diperkukuh menjadi makin kuat dan teguh. Mustahil kompas boleh sesat. Maka gunakan ia sebaik mungkin.

Salah jalan dalam merungkai permasalahan hidup tidak lah salah walaupun ada dosa terpalit pada diri. Ia masih diperbetulkan. Yang menjadi salah dan patut kita takuti ialah bila jalan yang salah itu menjadi selesa pada kita. Na'uzubillah.

Ya Allah! Ampunkan aku, ampunkan ahli keluargaku, ampunkan sahabat baikku.

Friday, November 11, 2016

Soal Wang...

Wang...
Wang bukan lah nama cina....
Wang bukanlah nama orang Terengganu...
Wang itu duit...
Keperluan manusia zaman ini...
Dan aku perlukan wang...

..Wang..kau ada?? Boleh pinjam?