Saat rasa bila benar-benar diuji bila kita hampir putus harapan, bila kita hampir nak mengalah, bila positif mula terlerai dari molekul dan mula bergerak ke arah negatif, saat itulah ujian yang betul-betul menguji kita, menguji sejauh mana pengharapan kita pada Allah. Sabar kena ada saat diuji, bila dikata "sabar itu separuh daripada iman" maka ia berkaitan sejauh mana kepercayaan kita pada Allah.
Hari ini bila panggilan bagitau aku berjaya diterima bekerja, selepas setahun menganggur, perasaan aku bercampur antara gembira & sedih. Gembira sebab berjaya jugak dapat kerja & sedih sebab ada antara hari-hari dalam setahun aku menganggur tu ada kalanya aku persoalkan Tuhan, kenapa aku diberikan ujian begini?